Sunday, August 31, 2008

KELUASAN DUNIA.....




Bagaimana kita ingin mentafsirkan keluasan dunia ini?








Di satu situasi, seorang hamba ALLAH tidak dapat bertahan melayani kerenah teman serumahnya yang berperangai seolah-seolah rumah tersebut miliknya seorang...di pasangnya siaran tv @ radio sekuat mungkin, dan di kala itu jugalah kita ingin merehatkan diri, menghadap ALLAH, menyiapkan sentuhan terakhir kerja-kerja yang di amanahkan..yang semestinya memerlukan suasana yang kondusif...yang boleh diertikan sebagai jauh dari bingitan bunyi apatah lagi dendangan lagu-lagu yang agak keras muziknya....adakah patut kita berpindah sahaja ke rumah lain? Tapi kawasan itu sahaja yang dapat menempatkan kita sehampir mungkin dengan kawasan pejabat di tambah lagi dengan bayaran sewa yang agak murah...atau mungkin kita boleh memerapkan diri kita di pejabat sepanjang hari ....dan hanya pulang untuk tidur? Bunyinya agak logik...tapi bagaimana dengan pakaian yang hendak di basuh? Jika saban minggu terperuk di pejabat, berlonggoklah jawapannya baju-baju yang bakal di basuh...jika begitu bagaimana penyelesaiannya? Di kala inilah dunia terasa begitu sempit...tiada ruang untuk dihuni, tiada tempat dapat memberi sekelumit ketenangan...



Di satu keadaan yang lain, seorang hamba ALLAH dilahirkan dalam keluarga yang amat miskin...mendiami sebuah rumah yang hanya menunggu hari untuk runtuh, ditambah pula dengan jumlah penghuninya yang agak ramai...menambahkan lagi sempitnya ruang yang sedia sempit itu...selain itu, hamba ALLAH ini mempunyai kedua ibu bapa yang sudah uzur yang hanya dapat berjalan dan bergerak dengan bantuan orang, adik-adik yang masih ramai yang sedang menuntut di bangku sekolah...setiap kali pulang dari kerja ( sebagai pengangkut barang sebuah hypermarket), di dalam keadaan yang masih letih, dia terpaksa menyediakan makanan untuk adik-adik yang bakal pulang dari sekolah...ah..untuk dia merehatkan diri tentulah tidak patut....dan di waktu malam, tempat tidur di rebut oleh adik-adik, dan dia hanya mampu untuk melihat kedaifan yang melanda keluarganya...kemudian, dia menempatkan diri di ruangan kecil di pinggir dapur rumahnya, agar dia dapat memperolehi rehat...yang bakal digunakan untuk menghadapi hari esok...dan begitulah kehidupannya sehari-hari


Di satu keadaan yang berasingan pula, seorang hamba ALLAH, merupakan anak tunggal kepadapasangan yang paling kaya di negerinya, apa sahaja yang di minta akan di perolehi...tanyakan saja kepadanya penjuru mana di bumi ini belum dijejakinya...jika ditanya kepadanya..adakah dunia ini luas? Kita semua pasti dapat mengagak jawapannya...tapi untuk segala kemewahan yang diperolehinya dia terpaksa membayarnya dengan sesuatu....sebenarnya, semenjak kecil hingga ke usianya mencecah usia dua puluh tahun..tidak sampai sepuluh kali dia dapat duduk bersama-sama dengan kedua ibu bapanya...untuk menceritakan kegembiraan mendapat tempat pertama dalam kelas, menjadi pelajar terbaik di sekolah...perasaan sedih di marahi guru dsbnya....dan di kala ini, jika ditanya sekali lagi, luaskah dunia ini? Mungkinkah jawapannya persis kepada respons yang pertama?



Jadi bagaimana kita ingin mentafsirkan keluasan dunia ini?

Adakah dengan melihat kepada ukuran fizikal?


Teringat kata-kata yang bergema di radio IKIM…


Happiness is not mean having a lot of friends, but it all about attitude of our heart, success is not mean achieving something, but it all about passing ALLAH test!



Tidak kisahlah jika kita mendapat teman serumah yang agak menyakitkan hati, di uji dengan kehidupan yang sarat dengan kemiskinan atau kehidupan yang sunyi dari kasih sayang keluarga...tapi ingatlah kita sama-sama mempunyai TUHAN yang esa iaitu ALLAH... yang mana keluasan dunia ini hanya dapat di tafsirkan jika kita meluangkan masa untuk berbicara dengannya tatkala manusia lain masih nyenyak di pembaringan...tatkala itu rasakanlah manisnya kasih sayangnya....

rasakanlah keluasan alam ciptaannya dan rasakanlah kekayaan alam ciptaannya...


Jika kita sibuk berhubung dengan manusia seharian, untuk mendapat ketenangan yang abadi dalam hibungan sesama manusia kita perlu menjalinkan hubungan seutuh mungkin dengan pencipta kita, ALLAH

Allah SWT berfirman dalam sebuah hadis qudsi, "Aku adalah Ar-Rahman. Telah Aku ciptakan Ar-Rahiim dan Aku petikkan baginya nama dari nama-Ku. Barangsiapa yang menghubungkannya niscaya Aku menghubunginya (dengan rahmat-Ku); dan barangsiapa memutuskannya niscaya Aku memutuskan hubungan-Ku dengannya; dan barangsiapa mengokohkannya niscaya Aku mengokohkan pula hubungan-Ku dengannya. Sesungguhnya Rahmat-Ku mendahului kemurkaan-Ku"....

kerana dia sahaja yang tahu apa yang ada di hati kita...tatkala kita tersenyum manis, manusia mungkin mentafsirnya sebagai sebuah kegenbiraan, tapi ALLAH tahu sedih yang sedang bertamu di hati kita...di kala kita sedang berada di kelompok ramai, kita mungkin nampak begitu ceria, tetapi ALLAH sahaja yang tahu betapa kesunyian sedang bertapak di hati kita.



Sahabat-sahabat,

Hanya dengan memperbaiki hubungan dengan pencipta, kita dapat menghadapi seribu satu pelbagai kerenah manusia....


Lihatlah keluasan dunia ini dengan pandangan hati yang tertaut kepada kasih-sayang ALLAH, dan pastinya tiada satu situasi pun dapat mempertikaikan betapa luasnya dunia ciptaan ALLAH!



No comments: