KAMERA
Bercerita tentang kamera, tentu terlintas di fikiran kita kenangan-kenangan yang pernah di rakamkan di kala kita menyusuri kehidupan ini. Banyaknya gambar-gambar yang berada di dalam simpanan kita, sehingga apabila kita membelek semula potret tersebut seolah-olah kita telah terlupa akan kejadian yang dirakamkan.
Ceritakan sahaja, gambar apa yang tidak pernah kita rakamkan…semasa hari pertama kelahiran kita lagi,muka kita telah dicuri untuk dirakamkan oleh kotak hitam itu, itu belum lagi kenangan kita bersama sahabat-sahabat di alam persekolahan, yang apabila di lihat semula terasa seolah-olah kita sedang berada di zaman tersebut, betapa indahnya kenangan bersama sahabat-sahabat yang tersayang( semoga rahmat ALLAH sentiasa bersama dengan sahabat-sahabat kita)…gambar di majlis perpisahan, gambar ketika hari sukan, gambar ketika bercuti di luar negara, gambar bersama orang tersayang…banyaknya gambar yang kita rakamkan…tapi tak kurang juga sebahagian dari gambar-gambar itu mungkin terpaksa kita buang kerana telah rosak atau ada yang terpaksa kita delete(yang berbentuk softcopy) kerana masalah tertentu..
Realitinya, jika kita sedar setiap detik dari hidup sebenarnya dirakamkan oleh ALLAH...seawal detik permulaan hari kita hinggalah kita melelapkan mata. Dan gambar-gambar yang dirakamkan itu akan di simpan di dalam satu album yang tidak akan rosak dan tidak mungkin juga terdelete…dan album tersebut akan di buka di depan mata kita di satu hari di hadapan seluruh umat manusia..
Ketika kita sedang berseorangan, apa sahaja yang kita lakukan,tanpa kita sedari ALLAH sedang merakamnya, jika kita bersama-sama dengan manusia lain, ALLAH juga tidak leka untuk meng’candid’ perbuatan kita.
“ Dialah yang melihatmu ketika engkau sedang berdiri, dan juga gerak tubuhmu di antara orang-orang yang bersujud” as-syu’araa’: 218-219
Jadi, kita perlu memastikan diri kita berada dalam keadaan yang paling baik pada pandangan ALLAH supaya apabila album tersebut di buka semula, kita akan tersenyum melihat gambar-gambar yang dirakamkan.
Sunday, January 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment