
Ye ke tapai best? Tapi saya merupakan antara orang yang kurang meminati makanan tradisional ni...walaupun beberapa kali eksperimen telah dilakukan untuk merasai kesedapannya namun tak berjaya juga utk merasai kesedapan yang dinikmati peminat makanan ini..
Al-kisahnya begini, masa kat matrikulasi KUALA PILAH hari tu, saya telah memaksa seorang sahabat,
Al-kisahnya begini, masa kat matrikulasi KUALA PILAH hari tu, saya telah memaksa seorang sahabat,
“ ain makan la kuih ni, best”
Ain menolak lembut,
“Tak suka la makan kuih ni, mu makan je la ek”
( kesian ain,teruk la saya ni)…masa tu saya rasa alangkah ruginya ain tak merasai kesedapan kuih tu(tak ingat la nama dia-tapi kuih tu dua lapis,warna hijau dan putih pastu ada air gula sket dan biasanya dibungkus dalam sejenis daun)…
Pastu, tiba la di satu hari,di mana ain pulak minta saya untuk mencuba tapai
“ makan la tapai ni, best”
ha, nah…tu la paksa sangat orang!
Sudah semetinya la kan saya takkan makan, sebab saya tak suka tapai!
Dan kesimpulan yang saya dapat masa tu, tak semestinya apa yang kita suka orang lain suka, betul tak?
Masa berlalu, usia kian bertambah...peristiwa yang hampir serupa berlaku...
Semalam, dua peristiwa yang persis dengan tiga tahun lepas, ironinya dengan sahabat yang berlainan...
Masa duk makan tau fu fa yang berkuah kan air gula...seorang sahabat bertanya,
” apsal tak beli yang ada gula melaka?, yang tu lagi best..yang nie tak best la”
Di masa yang lain pulak, masa duk bincang pasal apa nak buat dalam study group { peperiksaan kitaorang mempunyai komponen yang berbeza dan pendekatan pembelajarannya juga berbeza...selain dari komponen bertulis ( soalan objektif {kat sini di panggil mcq: kalau salah satu soalan kena potong setengah markah...mengah jugak kalau nak praktik skill tembak menembak ni...silap-silap dapat negative mark..yang satu lagi meq=subjektif-dicover melalui study group dan lecture note), yang satu lagi OSCE-yang nie exam yang paling mendebarkan-setiap kali nak exam setiap kali tu la rasa macam nak tercabut jantung ni, sebab kitaorang kena melalui satu stesen ke satu stesen untuk menjawab soalan ,dan semestinya tak dapat berpatah balik untuk membetulkan jawapan..., dan yang last skali klinikal-komponen baru untuk exam fasa dua-dan untuk sesi klinikal ni kena gi ward untuk practice sebab exam nanti kat ward(”,)}
Nak dijadikan cerita, semua skali kitaorang akan ada tiga jenis study group-satu untuk MEQ,satu untuk MCQ dan satu untuk klinikal....dan semestinya memerlukan komitmen yang tinggi..sedangkan masih banyak lagi tak cover dan sedar tidak mampu untuk menghadirkan diri untuk kesemua sesi itu...dan untuk salah satu darinya saya tak join la sebab tidak mempunyai kesempatan untuk study sendiri, tiba-tiba seorang sahabat bertanya
” mu ni bak pe, join je la study group tu, kekgi nyesal pulok”
Begitulah kita kan? Suka sangat memaksa orang untuk menyukai apa yang kita buat( sebenarnya mungkin bukan kerana kita ni dictator, tetapi ingin agar kesenangan dan kesedapan “kuih tapai” dikongsi bersama-sama dengan sahabat yang kita sayangi)
Walau apapun alasannya, kita tidak mampu untuk melakukan banyak perkara atau tidak mampu langsung untuk mengubah orang lain, tapi kita mampu untuk mengubah diri kita dalam banyak situasi…
Contohnya, jika roommate kita memasang radio yang kuat ketika sedang belajar, kita tidak mampu untuk mengubahnya dengan menyuruhnya menutup radio ketika belajar tapi kita boleh mengubah diri kita mungkin dengan pergi study kat study room atau memakai “earphone”…kita tidak mampu untuk menyuruh orang datang awal setiap kali ketika mesyuarat, tapi kita boleh menggunakan masa menunggu itu untuk baca majalah ( bukan mangga,novel,komik, and etc, ye….cari la yang berilmiah sikit, kita kan dah besar sepatutnya sudah pandai menilai kaca atau berlian) ataupun shortnote….
Jadi, usahlah kita mentensionkan diri kita memikirkan sesuatu yang bukan datang dari kita, tetapi terbitkanlah sesuatu dari diri kita yang semestinya dapat mengurangkan tension itu…
No comments:
Post a Comment