Friday, February 8, 2008

KEMBALILAH BERSAMA ISLAM

" Manusia telah disediakan dengan sajian hidup yang lengkap tika mana mereka dilahirkan ke bumi"

Ayat pertama ini terus menarik minatku menadah telinga utk mendengar isi seterusnya dalam kuliah subuh Ustaz Zulkifli pada pagi ini walaupun mata ini masih tidak mampu menghadiahkan sebuah tumpuan yang diperlukan ketika ini.

USTAZ tersebut terus memanjangkan isi ceramahnya...

Dan tugas manusia hanyalah untuk melaksanakannya sahaja.. Pilihan ada di tangan kita sama ada utk terus berada di takuk zaman jahiliyah yang menghidangkan keseronokan yang sementara ataupun utk hidup dalam ketenangan alunan muzik yang hanya jiwa mampu mentafsirkannya.Kita mampu mengunakan akal utk menimbangkan sesuatu yang baik itu di mana batasannya dan sesuatu yang jahat itu di mana letaknya. namun, dengan berpandukan akal semata-mata manusia cenderung utk tewas dengan hawa nafsunya, dan kerana itu jugalah ALLAH telah membekalkan kitabnya melalui rasul pilihannya utk membimbing manusia.

Bayangkan sahaja, bagaimana jika kita membeli sebuah mesin basuh tanpa disediakan manual menggunakannya, usahkan kita yang terkapai-kapai utk menggunakannya, mesin tersebut juga sudah "pening" apabila kita menggunakannya dengan logik akal sahaja.Apatah lagi, kita manusia yang merupakan makhluk ciptaan ALLAH yang paling sempurna ciptaannya pasti memrlukan panduan selengkapnya supaya kita juga tidak "pening" dalam menghalakan sebuah kehidupan ke suatu arah yang sebenarnya.

ISLAM telah menyediakan al-quran dan as-sunnah utk umatnya, namun...

KENAPA KITA MASIH TIDAK MENJADI UMAT YANG CEMERLANG?

KENAPA KITA MASIH TAKUT DIKATAKAN TIDAK "UP TO DATE" DGN
PERSEKITARAN?

dan pelbagai lagi persoalan negatif yang seumpamanya.

persoalan ini memerlukan jawapan yang bukan sedikit penjelasannya namun, jawapan yang paling sesuai utk kita semua, kembalilah kepada ISLAM.

renung kembali kepada sejarah kegemilangan ISLAM, bagaimana kita boleh mencapai kemenangan dalam perang BADAR walaupun jumlah musuh berganda berbanding dengan tentera islam yang ketika itu juga berpuasa di bulan RAMADHAN, namun jiwa mereka dihiasi dengan pengharapan seratus peratus kepada ALLAH.namun, pada peperangan HUNAIN dan UHUD tentera ISLAM jatuh ditangan musuh dek kerana jiwa mereka telah dicuri dengan perkara dunia...wang, harta, pangkat...dan kurangnya pergantungan kepada ALLAH.

utk menjadi manusia yang sentiasa berjaya, bahagia dan di hormati, ingatlah utk:
1) meletakkan keyakinan yang sebenar-benarnya kepada ALLAH
2) patuh kepasa perintah Rasul
3) jangan nudah takabur dengan apa yang kita miliki ( takabur = apabila kita merasakan kerana kitalah sesuatu itu berjaya dilakukan)

akhirnya,
kata-kata terakhir ustaz berjaya juga utk menistiskan air mata kami semua pada pagi yang syahdu ini,

" tahniah kepada anda semua kerana telah mempunyai "DIRECTION" dalam hidup dan amat malanglah mereka yang masih hidup dalam dunia yang penuh dengan kepura-puraan. dan hidup bersama ISLAM, kerana ISLAM menjanjikan suatu ketenangan yang hanya "mereka-mereka" sahaja yang mengetahuinya.





No comments: