Semalam dan sehari sebelumnya, aku bertandang ke QARYAH RAMADHAN utk mengimarahkan solat sunat terawih disana. Tidak seperti tiga tahun lepas ( aku banyak menunaikan solat terawih di tempat yang sama dengan seniorku, yang juga sahabat kesayanganku kak arifah), keadaan di sana menunjukkan perubahan yang mendadak. Dari satu tempat yang hanya berkhemah dan disediakan tempat utk mengambil wudu’ shj, kini ia berubah wajah kpd medan yang sngt meriah yg dilengkapi dengan khemah (ada air-cond). Dan lebih menyeronokkan jemaah di sana sudah bertambah berganda2 berbanding 3 tahun lepas
Pada hari pertama, aku dan sahabat berada di saf paling belakang (dan tentunya di luar khemah). Kami bersolat berbumbungkan sinaran bintang. Walaupun peluh tidak putus-putus menghujani diri ini, namun kegembiraan dapat berjemaah di sana menepis semua dugaan yang ingin meragut kekusyukan ku.Hatiku bagai di bawa ke tempat yang paling sunyi, menuju sebuah ketenangan dan kedamaian apabila imam memulakan bacaannya. Subhanallah. Suara yang amat mendamaikan di iringi kelantangan suaranya mampu menggamit hati sesiapa sahaja utk terus mendengarnya.
Air mataku jatuh jua akhirnya apabila aku mendengar suara imam tersebut teresak-esak. Betapa damainya hati ini. Tiada kata-kata yg dapat menggambarkannya. Betapa indahnya kehidupan yang dihiasi tangisan ketika benghadap tuhan yang esa. Aku dapat merasakan bait-bait ketulusan di setiap alunan imam tersebut ketika mengimami kami. Sayu terasa menghiasi setiap corok di tempat itu.
Apa yang ingin dikongsikan disini hanyalah sepatah kata yang mampu menukarkan seseorang kepada suatu perasaan yang hanya dihiasi rindu pada yang Esa sahaja...
MENANGISLAH
Kita perlu dan sentiasa utk memastikan diri kita menitiskan air mata ketika menghadapnya. Namun, sudah pasti ia bukanlah suatu yang mudah utk dilakukan. Ia memerlukan latihan dan kesungguhan yg sebenar-benarnya. Disertai dgn harapan yang tinggi utk mendekatkan diri kepadaNYA.
Teringat kata-kata seorang sahabat....
”betapa beratnya hati ini jika tidak dapat menangis. Masa tu barulah kita sedar betapa menangis itu satu nikmat”
Benar sekali kata-kata itu. Betapa ringannya terasa apabila kita menitiskan airmata dihadapanNYA, walaupun tanpa kita mengeluarkan kata-kata utk menceritakan apa yang terbuku di lubuk hati kita.hanya dengan menyebut namaMU YA ALLAH! aku dapat merasakan satu keindahan yang amat di hati ini. Alangkah indahnya jika setiap detik dari hidupku ini hanya dihiasi dgn perasaan itu.
Mengapa hati kita terasa amat susah utk menangis, sedangkan kita mempunyai pelbagai alasan utk itu...
Dalam sebuah hadith, Baginda Nabi s.a.w bersabda:
“Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa. (Riwayat Bukhari)
Menangislah hati...kerana dirimu terlalu banyak melakukan kemungkaran
menangislah kerana syukurmu padaNYA terlalu sedikit
menangislah kerana penat lelahmu utk ISLAM tidak seberapa
menangislah kerana dirimu penuh dgn sifat mazmumah
menangislah kerana cintamu tidak semata-mata utk ALLAH
dan yang lebih penting, menangislah kerana dirimu belum dijamin utk masuk
syurga dan belum pasti terlepas dari neraka.
Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu
Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu
Bilakah diri ini 'kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti
Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu
Ku sering berjanji di depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula
Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku
Tuhan,
Diri ini tidak layak ke surgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu
Kutakut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku 'kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat
Damba cintamu
Album : Syukur
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com
Thursday, September 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment