Hari ini saya ditaklifkan utk membentangkan tafsir utk TAZKIRAH.
Telah seminggu saya mencari surah yang sesuai utk dibentangkan
Dan tiga hari sebelum hari tersebut saya akhirnya memilih satu surah yang amat saya suka, iaitu al-a’la.
Saya tidak pernah membaca tafsir surah ini dan hanya sekali dua membaca terjemahannya, namun utk saya benar-benar memahaminya adalah agak sukar kerana saya tidak mempelajari bahasa ARAB, namun apabila saya kesedihan saya merasakan suatu kelegaan selepas membaca surah ini.
Akhirnya, ALLAH memberi jua kesempatan kepada saya untuk menjengah ke penjuru yang lebih dalam utk terus menghayati qalamnya ini…
Di permulaan surah ini, ALLAH memulakannya dengan sapaan tasbih yang begitu lembut dan ramah walaupun ia lebih berbentuk perintah.
”Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan)” 87: 1
Dan setiap kali Rasulullah membaca ayat ini, baginda akan terus membalas
“ Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi”
seolah-olah baginda sedang berada di hadapan ALLAH secara langsung.
Dan ayat ini juga di bacakan dalam solat apabila kita bersujud.
Ucapan ini adalah satu ucapan yang hidup yang dihubungkan dengan solat yang menandakan keizinan terus dari ALLAH yang membenarkan hambaNYA supaya bertahmid dan bertasbih kepadanya.
Ini merupakan limpah kurnia yang amat besar daripada ALLAH. Bayangkan dengan ucapan subhanallah sahaja kita mampu melontarkan suatu pengertian dan suatu keadaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata , tetapi mampu dikecapi kemanisannya oleh hati. Inilah yang mampu melahirkan hati yang hidup, tenang dan damai.
Di dalam surah ini juga ALLAH memberi peluang kepada kita untuk mengenal zat ALLAH menerusi sifat-sifatnya walaupun akal kita amat terbatas utk memahaminya.
Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan Kesempurnaannya);87:2-3
Ayat ini jelas menunjukkan ALLAH yang menciptakan segala sesuatu dengan begitu sempurna, di mana ALLAH telah menentukan setiap makhluk ini dengan tugas, cara hidup dan matlamat hidup masing-masing. Di sampang itu, ALLAH tidak membiarkan kita terkapai-kapai kerana di sana DIA telah menyediakan petunjuk,bimbingan dan ilham kepada hamba-hambaNYA.
Semua ini dapat diperhatikan melalui semua kejadian yang diciptakanNYA.
Lihat sahaja melalui kehidupan belut…
Kehidupan Belut ini meninggalkan rahsia yang amat mendalam utk kita memahami kesempurnaan tindak-tanduk ALLAH dalam mencipta dan mengatur kejadian alam…
Hidupan ini seringkali akan berpindah ke kawasan baru apabila menjadi dewasa, di tempat baru inilah ia menemui pasangannya dan melahirkan spesis penyambung keturunannya, apabila ia telah bertelur, biasanya ia akan mati.
Dan, sesuatu yang menakjubkan berlaku apabila anak-anak belut ini menetas. Mereka akan mengembara utk mencari “origin” ibu bapa mereka( yg actually diaorg pn x pernh pegi) dan meneruskan kehidupan di sana, dan apabila telah dewasa ia akan melalui kitar kehidupan seperti kedua ibu bapanya.
Tidakkah terlintas di hati dan pemikiran kita, di sana ada suatu kuasa besar yang mengatur dan mengawal hidupan ini dengan menyalurkan “naluri” kepada mereka utk menjalankan taklifan mereka, sedangkan belut-belut ini tidak mengetahui bahawa mereka hidup dan perlu mengekalkan spesisnya.
Manusia tidak dikurniakan “naluri” sekuat itu, namun ia tetap ada dan yang lebih penting kita dikurniakan akal utk menimbangkan sesuatu dalam kehidupan kita.
Dan ALLAH tidak akan membiarkan akal ini membuat pertimbangan sewenang-wenangnya, lantas diturunkan AL-QURAN melalui junjungan mulia RASULULLAH S.A.W utk membimbing manusia.
Kesimpulannya seperti di bawah:
ALLAH MENCIPTAKAN MANUSIA
/
ALLAH TELAH MENETAPKAN MATLAMAT DAN TATACARA HIDUP MANUSIA
/
ALLAH MENURUNKAN AL-QURAN DAN PETUNJUK MELALUI PERUTUSAN NABI
/
TUGAS MANUSIA SAMAADA MEMILIH UTK TERUS BERADA DIJALANNYA
/
MANUSIA AKAN MENERIMA NATIJAH YANG BERBEZA BERDASARKAN PILIHAN MEREKA
/ /
ORANG YANG TAKUT AKAN AZAB ALLAH AKAN BERUSAHA ORANG YANG TIDAK TAKUT AKAN TERUS
UTK SENTISA BERADA SI LANDASANNYA HANYUT DENGAN ARUS DUNIA
WALLAHU A'LAM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
~Titian kembara sebuah Ketenangan~
Firman Allah swt yg bermaksud:
"Wahai jiwa yang tenang!
Kembalilah kpd Tuhanmu dengan hati yang rida dan diridaiNya.
Maka masuklah ke dalam golongan hamba2ku,
dan masuklah ke dalam syurgaKu."
(AlFajr:ayat27-30)
Sm2 terus berusaha dn berdoa, mg kita antara yg terpilih menjadi 'jiwa yg tenang itu'! insyaallah
Post a Comment